Sunday, October 31, 2010

AMANAH FARAJ

Semasa mentafsirkan kalimat amanah dalam ayat 72 surah al-Ahzab iaitu, "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka amat zalim lagi jahil", sahabat Abdullah bin Amr bin As berkata, "Amanah ialah alat kelamin manusia. Apabila manusia mampu menjaga amanah ini Allah memelihara diri dan keturunannya."

Antara lambang kejayaan seorang mukmin ialah mampu mengawal keinginan nafsu seksnya. Dalam surah al-Mukminun ayat 6 hingga 7, Allah berfirman yang bermaksud, "(Orang mukmin yang berjaya) ialah mereka yang memelihara kemaluan mereka melainkan kepada isteri-isteri dan hamba-hamba perempuan mereka dan yang demikian itu tidaklah dicela. Dan sesiapa yang mencari yang lain daripada ini, mereka adalah golongan yang melampaui batas."

Apabila hubungan seks dilakukan mengikut panduan serta landasan syariat, ganjaran pahala akan dikurniakan Allah. Dalam hadis yang dilaporkan oleh Imam Muslim, sahabat-sahabat nabi bertanya, "Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya (secara halal) dia akan diganjari pahala?" Bersabda nabi, "Tidakkah jika kamu memuaskan nafsumu secara haram kamu akan berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu akan memperoleh pahala."

Islam juga mengizinkan individu melakukan persetubuhan mengikut cara atau kedudukan yang digemarinya. Namun, memuaskan nafsu melalui saluran dubur atau anal sex adalah dilarang. Dalam surah al-Baqarah ayat 223, Allah berfirman yang bermaksud, "Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah kebunmu dengan cara mana yang kamu mahu." Perbuatan homoseksual atau hubungan sejenis juga adalah dilarang oleh agama. Nabi berkata, "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah, Tirmizi dan al-Hakim.

Amanah faraj tidak lagi dipandang mulia oleh masyarakat akhir zaman. Menurut Imam Bukhari dan Muslim, nabi berkata, "(Antara tanda-tanda kiamat ialah) perbuatan zina akan berleluasa."

Berita akhbar bertarikh 8 Jun 1996, menarik perhatian ramai orang di Malaysia. Ia menceritakan tentang seorang gadis remaja bohsia yang baru berumur 15 tahun yang dipercayai sedang menuntut di Pulau Pinang. Beliau memiliki wang simpanan berjumlah RM100,000 hasil daripada aktiviti bohsianya. Perkara ini terbongkar apabila gadis itu ingin membeli sebuah kereta mewah untuk dihadiahkan kepada teman lelakinya.

Gejala negatif ini menjadi semakin teruk pada hari ini. Laporan Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Malaysia 2003 oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan, remaja terutama pelajar sekolah di negara ini begitu aktif melakukan kegiatan seksual termasuk hubungan seks luar nikah. Semua ini menunjukkan amanah faraj sedang dipandang kecil dan remeh oleh remaja-remaja hari ini. Apabila gejala ini dibiarkan, dikhuatiri suatu hari nanti jerebu nilai yang menghancurkan akan menyerang masyarakat Malaysia secara amnya.

Seks pada hari ini telah bertukar menjadi satu industri yang besar. Aktiviti pelacuran adalah salah satu sumber kemasukan yang penting bagi kebanyakan negara termasuk di Asia Tenggara. Kesan daripada aktiviti yang mungkar ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual termasuk AIDS merebak dengan cepat dan berjaya membunuh jutaan manusia. Sempena dengan sambutan Hari Aids Sedunia pada 1 Disember 2003, statistik menunjukkan lebih kurang 42 juta lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dijangkiti kuman HIV pada hari ini. Ia menyebabkan lima kematian berlaku setiap minit setiap hari. Benarlah nabi ketika beliau berkata: "Wahai (sahabat) Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa supaya kamu tidak ada semasa bala ini menimpa..... (satu antaranya ialah), apabila zina zahir dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu pada masa itu." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah, al-Baihaqi dan al-Bazzar. Dalam riwayat lain oleh Imam al-Hakim, nabi berkata, "Apabila zina dan riba berleluasa dalam sesebuah negeri, mereka telah menghalalkan azab Allah ke atas diri mereka."

Kanak-kanak juga turut terheret ke dalam lembah industri seks ini. Di Asia, Jepun mempunyai rekod yang buruk berhubung dengan isu ini. The Washington Post bertarikh 11 Februari, 2000 melaporkan, 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak datang dari Jepun. Kuasa besar, Amerika, pastinya tidak terkecuali daripada masalah ini. BBC News 10 September 2000 melaporkan, kajian yang dilakukan oleh Universiti Pennsylvania menunjukkan, terdapat lebih kurang 400,000 remaja di bawah umur di Amerika yang bekerja sebagai pelacur dan yang seumpamanya pada hari ini.

Golongan Agama Dan Skandal Seks

Pada hari ini, skandal seks tidak hanya menyerang orang-orang biasa, sebaliknya ia juga menyerang golongan agama terutamanya di kalangan tokoh-tokoh Kristian. Di dalam majalah Time bertarikh 1 April 2002, antara tajuk yang difokuskan ialah Can The Church Be Saved? Di dalamnya dimuatkan kisah-kisah salah laku seks yang melibatkan paderi-paderi Katolik Roman dengan kanak-kanak lelaki serta remaja. Laporan itu mengatakan, skandal ini mungkin melibatkan lebih kurang 2,000 orang paderi di seluruh Amerika. Skandal seumpama ini juga telah menyerang paderi-paderi Katolik Roman di England dan Wales berpandukan Nolan Report yang dikeluarkan pada tahun 2001. BBC News bertarikh 9 April 2002, melalui artikel yang bertajuk Catholic Church Shaken By Sex Scandals melaporkan, "Di Ireland, skandal ini melibatkan paderi-paderi kanan seperti Cardinal Desmond Connell."

Tokoh-tokoh Protestan juga tidak terlepas daripada skandal ini. Hal ini dijelaskan oleh Philip Jenkins di dalam bukunya Pedophiles and Priests yang diterbitkan pada tahun 1996. Mengikut artikel yang bertajuk Protestants See Sex Scandals, Too yang dimuatkan di dalam The Salt Lake Tribune bertarikh 5 April 2002, "Tokoh-tokoh Protestan sering mengambil kesempatan ke atas wanita dan remaja bermasalah yang meminta khidmat nasihat kaunseling daripada mereka."

Skandal seks yang melibatkan pihak gereja telah menjadi epidemik pada hari ini. Mengikut Cap Cod Times bertarikh 20 April 2002 melalui artikelnya yang bertajuk Church Sex Scandals Span Globe, "Skandal seks telah menyerang gereja-gereja di Kanada, Australia, Ireland, Britain, France, Germany, Mexico dan Poland. Secara purata, lebih kurang 3,000 orang telah menjadi mangsa paderi-paderi di seluruh dunia dan jumlah wang ganti rugi yang perlu dibayar kepada mangsa-mangsa berjumlah lebih kurang $110 juta dolar Amerika."

Malaysia juga tidak terkecuali daripada masalah seks bebas ini. Pada 1 November 1995, Menteri Kesihatan Malaysia melaporkan, mengikut kajian yang dibuat ke atas sekumpulan remaja berumur 16 hingga 18 tahun di Wilayah Persekutuan, didapati 50% daripada mereka pernah mengadakan hubungan seks, termasuk dengan cara melanggan pelacur-pelacur.

Maksiat dan kemungkaran akan menutup pintu rezeki manusia. Sebagai contoh, seks bebas yang telah menyemarakkan penyakit AIDS telah memiskinkan banyak negara di dunia hari ini. Mengikut African Newsletter 1996, wang yang terpaksa dibelanjakan bagi mengawal penyakit AIDS di seluruh dunia berjumlah $250 juta setiap hari sejak tahun 1981 hingga 1996. Ini bermakna, dalam masa setahun, wang yang dibelanjakan adalah $90 bilion dan pada hari ini kosnya telah meningkat ke ratusan bilion. Negara-negara miskin di benua Afrika telah menjadi bertambah miskin ketika berdepan dengan masalah ini. Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim, nabi berkata, "Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka."

Justeru, amanah faraj amat ditekankan oleh Islam dan Islam mengutuk segala bentuk perzinaan. Segala perkara yang membawa kepada zina dianggap buruk dan diharamkan oleh Islam. Dalam surah al-Israk ayat 32, Allah berfirman yang bermaksud, "Dan janganlah kamu dekati zina. Sesungguhnya zina ialah satu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk."

Jenayah seks seperti kes-kes rogol yang melibatkan kanak-kanak juga sedang menjadi semakin teruk pada hari ini. Mingguan Malaysia bertarikh 25 Januari 2004 melaporkan, Afrika Selatan mencatatkan kes rogol tertinggi di dunia iaitu pada kadar 58 kanak-kanak sehari dan setiap 26 saat bagi wanita dewasa. Tidak dapat dibayangkan betapa sadis dan dahsyatnya dunia hari ini apabila enam orang lelaki yang berumur antara 24 hingga 66 tahun sanggup merogol bayi perempuan yang baru berumur sembilan bulan secara berkumpulan. Kejadian ini berlaku di Cape Town, Afrika Selatan dua tahun dahulu.

Pada bulan Januari tahun 2004, Malaysia dikejutkan dengan dua kes rogol dan bunuh ke atas dua orang pelajar iaitu adik Nurul Huda yang baru berumur 10 tahun dan adik Harerawati yang berumur 9 tahun. Pada pertengahan tahun 1996, Polis Johor telah membuat analisis yang agak menarik berkaitan dengan kes-kes rogol di negeri itu. Laporan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor, Senior Asisten Komisioner 11, Ali Hanafiah Hashim, menunjukkan sebanyak 38 kes rogol telah berlaku di seluruh negeri Johor dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 1996. 26 atau 81% daripadanya berlaku ke atas golongan yang mengamalkan pergaulan bebas. 70% daripadanya tidak menerima pendidikan agama dan 93% tidak mengetahui bahawa melakukan zina adalah salah. Beliau merumuskan, punca berlakunya rogol adalah pergaulan bebas, tiada kawalan keluarga serta kurang didikan agama.

Note: Oleh : Dr. Danial Zainal Abidin

Dipetik dari "7 Formula Individu Cemerlang" terbitan PTS Publications

KHUTBAH NABI MUHAMMAD S.A.W

" Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlalah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakan lah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah AlQuran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikan lah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Bulan Muharam - Elakkan sebarang kepercayaan karut


Oleh ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB


KESEDARAN umat Islam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik. 

Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat, iaitu semoga ia akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak. 

Namun, peringatan Nabi s.a.w. di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja. 

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama), maka ia akan tertolak. (Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulama, di antaranya ialah al-Fudhail bin `Iyadh meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah s.w.t. dan bertepatan dengan sunah Rasulullah s.a.w. Al-Fudhail mentafsirkan firman Allah di dalam surah Hud ayat 8 dan surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud: 

Allah menjadikan semua itu untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya,'' beliau berkata: Iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ia tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ia juga tidak akan diterima, sehinggalah ia dilakukan dengan ikhlas dan tepat. 

Beliau berkata lagi: Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah `Azza wa Jalla, dan yang dikatakan tepat itu ialah ia bertepatan dengan sunah. (Ibn Rejab, Jami' al-Ulum wa al-Hikam, Tahqiq: Dr. Yusof al-Baqa'i (Beirut: al-Maktabah al-'Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula, adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan. 

Di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu' (palsu) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari Asyura, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu' (palsu). Imam Ahmad berkata: ``Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai celak pada hari Asyura, dan ia adalah bidaah.''

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu': ``Sesiapa yang sembahyang padanya (hari Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad), maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun.'' 

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu': ``Sesiapa yang mandi dan bersuci pada hari Asyura, ia tidak akan ditimpa sebarang penyakit pada sepanjang tahun, kecuali mati.'' 

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: 

Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman dan pakaian) kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki sepanjang tahunnya. Hadis ini hukumnya maudhu', disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu'at,2/115).

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar. 

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam. 

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus. 

As-Syiekh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain.

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: ``Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda. 

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bidaah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan daripada biji-bijian (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu' tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.''

(Syiekh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum Muslimin. 

Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunah Baginda s.a.w. dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengikuti sunah Rasulullah s.a.w.

Thursday, October 28, 2010

RAPATKAN SAF-USAHAKAN BARISAN TERBAIK

KALIMAT yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat adalah "Luruskan saf (barisan dalam solat berjemaah)" atau "Rapatkan saf". Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih?

Para ulama sepakat bahawa saf pertama adalah saf terbaik dan besar keutamaannya bagi jemaah lelaki dalam bersolat. Manakala bagi saf jemaah perempuan, saf paling utama adalah saf paling akhir sekali. Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :

Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan. (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah: Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba. (Riwayat Bukhari).

Disebut juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa saf di sebelah kanan mempunyai lebih keutamaan berbanding saf di sebelah kiri. Daripada Aishah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat terhadap orang yang berada di saf sebelah kanan. (Riwayat Ibnu Majah)

Di antara fadilat solat di saf pertama:

1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sama seperti safnya para malaikat. Riwayat Jabir bin Samurah yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?'' Kami bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?" Jawab Nabi: "Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan." (Riwayat Muslim)

Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa mereka yang memenuhi saf paling depan ketika solat adalah sama dengan saf para malaikat yang sentiasa menjaga kesempurnaan saf mereka dan saf para malaikat ini hampir dengan Allah s.w.t. Dari sini boleh kita katakan bahawa mereka yang berada di saf paling hadapan adalah orang yang paling hampir dengan Allah dan lebih mudah memperoleh rahmat-Nya.

2) Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan. Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Rasulullah menjawab: "Ya, juga saf kedua." (Riwayat Ahmad).

Selawat

Menurut Dr. Fadhal Ilahi, makna selawat Allah atas mereka (yang berada di saf pertama) adalah seperti yang dikatakan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu: "Tazkiyah (Penyucian daripada dosa-dosa) terhadap mereka." Selawatnya para malaikat pula: "Iaitu berbentuk doa dan permohonan keampunan." Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapat tazkiyah daripada Allah dan doa pengampunan daripada para malaikat.

3) Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali. Daripada 'Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali.

(Riwayat Ibnu Majah). Alangkah bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atas muka bumi ini memohon keampunan untuk kita.

Demikianlah beberapa keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah. Yang amat dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini. Umat Islam di Malaysia seakan-akan tidak ghairah merebut saf pertama.

Mereka lebih memilih untuk mendapatkan tempat yang membolehkan mereka bersandar dengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid, berdekatan dengan kipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah selesai bersolat.

Ada pula yang datang awal ke masjid tetapi berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok. Alangkah ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akan membelakangkan mereka.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian sahabatnya yang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda: Majulah dan ikutilah saya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah. (Riwayat Muslim).

Adakah kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah? Oleh itu datanglah awal ke masjid untuk solat berjemaah dan rebutlah saf pertama.

PERANAN IMAM

Rasulullah sebelum memulakan solat, akan memastikan makmum di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik berkata, ketika telah iqamah untuk solat, Rasulullah menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersabda: Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku. (Riwayat Bukhari)

Kebiasaan yang kita lihat di masjid-masjid, para imam hanya melaungkan "luruskan saf", "luruskan saf" tanpa melihat jemaah di belakang sama ada mereka mematuhi perintahnya atau tidak.

Mereka seperti hanya melepaskan batuk di tangga. Sedangkan Rasulullah akan menghadap para makmum dan memastikan arahan meluruskan saf benar-benar dilaksanakan oleh para sahabat. Malah ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan solat.

Daripada Albara' bin 'Aazib berkata: Adalah Rasulullah memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu kami. (Riwayat Abu Daud).

Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. Dulu, Ali selalu mengatakan: "Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan!"

Penulis menyarankan para imam masjid-masjid di Malaysia agar memerhatikan perkara ini dengan penuh teliti supaya amalan mereka selari dengan sunah Nabi dan Khulafa' ar-Rasyidin.

CARA MELURUSKAN SAF

Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani: ''Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut.

Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:

1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.

Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar. Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut:

* Daripada Nu'man bin Bashir berkata: "Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu Daud).

* Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda:
(Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari).

Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah lenyap dari masjid-masjid di Malaysia.

Penulis pernah cuba mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa masjid, namun hasilnya amat mengecewakan.

Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba merapatkan saf tersebut.

Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini.
Namun begitu kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunah ini memang tidak disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan.

Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di seluruh masjid di Malaysia.

HIKMAH MERAPATKAN SAF

1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah
Masyhur:

''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat. Sabda Rasulullah:

Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf. Sabda Rasulullah:
Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).

5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya. Rasulullah bersabda:

Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf. (Riwayat Thabrani).

6. Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat.

Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua." Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua." Rasulullah menjawab: Ya, juga bagi saf kedua. (Riwayat Ahmad).

Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia.

Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya.

Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan:

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari).

SEDUTAN UTUSAN MALAYSIA DALAM BICARA AGAMA 17/11/05

TERJEMAHAN BACAAN TALKIN

Maksud (dalam rumi) talkin yang selalu dibaca untuk orang yang meninggal dunia.

Masa baca tu, pada tulisan biru muda tu cuba sebut nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

WALLAHU A'LAAM.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik  dan siapa yang kecewa.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada  orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.  Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai
SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,  hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.  Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai

Ketahuilah wahai
SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba  Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad Nabiku,

Islam Agamaku,

Kitab Suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.  Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar.  Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air Nabi adalah benar, ada Syurga dan Neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.  Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.  Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin”


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Setiap yang bernafas, pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut". Firman Allah SWT, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.  Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W: "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.  Bekas SUJUD tidak dihilangkan.  Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka.  Oleh itu, tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.  Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati:

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Qur’an
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah R.A, sabda Rasulullah SAW:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

"Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.   Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan Syurga”.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buah-buahan dan minuman yang lazat dari Syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada  mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

*Sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.  Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237
 

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHAALIMIIN"

Firman Allah :
"Dialah (Allah SWT) yang mentakdirkan adanya mati dan hidup, - untuk menguji kamu,
siapakah di antara  kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk ayat 2)

AKU, LIM, ISLAM DAN HIDAYAH

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...
Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keIslaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi Kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
TPU - Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber (tiki md )

Wednesday, October 27, 2010

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang akan ikut mayat adalah tiga perkara iaitu;

1. Keluarga;
2. Hartanya;
3. Amalnya.

Ada dua (2) sahaja yang akan kembali dan satu akan tinggal bersamanya iaitu;

1. Keluarga dan hartanya akan kembali;
2. Sementara amalnya akan tinggal bersamanya.

Maka ketika Roh meninggalkan Jasad ...terdengarlah suara dari langit memekik:,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan”....

a.    Apakah engkau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu;
b.   Apakah engkau yang telah mengumpul harta kekayaan atau kekayaan yang telah mengumpulmu;
c.    Apakah engkau yang telah menumpuk dunia atau dunia yang telah menumpukmu;
d.    Apakah engkau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telah menguburmu."

Maka ketika mayat tergeletak akan dimandikan....terdengar dari langit suara memekik:

"Wahai Fulan Anak Si Fulan”....
a.    Mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah;
b.    Mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tak bersuara;
c.    Mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa;
d.    Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib tak bersuara.

Ketika mayat siap dikafan ...terdengarlah suara dari langit memekik:

"Wahai Fulan Anak Si Fulan”

a.    Berbahagialah apabila engkau bersahabat dengan ridha;
b.    Celakalah apabila engkau bersahabat dengan murka Allah;
c.    Kini engkau tengah sedang berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal;
d.    Engkau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya;
e.    Kini engkau sedang safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika mayat diusung. ... terdengarlah suara dari langit memekik:

"Wahai Fulan Anak Si Fulan”

a. Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan;
b. Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat;
c. Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.

Ketika mayat siap disolatkan ....terdengarlah suara dari langit memekik:

"Wahai Fulan Anak Si Fulan”….

a.    Setiap pekerjaan yang engkau lakukan kelak engkau lihat hasilnya di Akhirat;
b.    Apabila baik maka engkau akan melihatnya baik;
c.    Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.

Ketika mayat dibaringkan di liang lahat.... terdengarlah suara dari langit memekik:

"Wahai Fulan Anak Si Fulan”....

Apakah yang telah engkau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gulita di sini?
 
“Wahai Fulan Anak Si Fulan”...

a.    Dahulu engkau tertawa, kini dalam perutku engkau menangis;
b.    Dahulu engkau bergembira, kini dalam perutku engkau berduka;
c.    Dahulu engkau bertutur kata, kini dalam perutku engkau bungkam seribu bahasa.

Ketika semua manusia meninggalkannya sendirian... . Allah berkata kepadanya:

"Wahai Hamba-Ku....
Kini engkau tinggal seorang diri,
Tiada teman dan tiada kerabat,
Di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap...
Mereka pergi meninggalkanmu seorang diri
Padahal, kerana mereka engkau pernah melanggar perintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukkan kepadamu
Kasih sayangKu
Yang akan takjub seisi alam
Aku akan menyayangimu
Lebih dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya"..

Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman:


"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Jannah-Ku"




SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah.  Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.  Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.  Rasullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid ibn sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.

Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."


Sabda Baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."


Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.  Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.  Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. 

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh;

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain;

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi pada akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk Syurga kecuali maut;

  1. Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya;

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi  pada akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga Allah melimpahkan rahmat kepadannya;

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya;

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi pada akhir sembahyang, Allah Azza Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

  1. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasullullah S.A.W. bersabda:

"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Allahu Akbar !