Monday, November 1, 2010

KEWAJIPAN MENUNAIKAN SOLAT

SEMBAHYANG

Iman memerlukan pembuktian. Solat fardhu merupakan satu di antara pembuktian iman yang terpenting. Yang mengabaikannya, telah meruntuhkan agamanya.

“Seorang lelaki telah mendatangi Rasul dan bertanya: “Ya! Rasulullah, apakah amal yang paling disukai Allah?” Jawab Nabi: “Sembahyang tepat pada waktunya. Barangsiapa yang meninggalkan solat, tidak ada agama baginya, Sembahyang adalah tiang agama: “(Baihaqi)

Pemeliharaan Allah amat penting di dalam hidup seseorang. Meninggalkan sembahyang fardhu bermakna telah memutuskan dirinya dari pemeliharaan itu.

“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dia telah terputus dari pemeliharaan Allah.” (Ibn Majah & Baihaqi)

Firaun dan Qarun merupakan manusia yang terkutuk. Jika sembahyang diabaikan, dikhuatiri seseorang akan bersama-sama dengan manusia yang terkutuk ini.

“Barangsiapa memelihara solat (yang fardhu), maka baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Barangsiapa yang tidak memeliharanya, tidak ada baginya cahaya, bukti kemenangan di hari kiamat. Malah pada hari kiamat, dia akan bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf.” (Ahmad, Ibn Hibban & Thabrani)

Melewat-lewatkan solat sehingga masuk ke dalam waktu yang lain (qadhaan) juga adalah suatu yang dicela oleh agama.

“Kemudian akan datang selepas mereka satu golongan yang akan melalaikan sembahyang dan mengikut syahwat, dan mereka akan bertemu dengan kesesatan.” (Maryam: 59)

Berhubung dengan ayat ini Abdullah Ibn. Abbas telah berkata: “Golongan ini bukannya tidak bersembahyang sama sekali, tetapi melambatkan sembahyang sehingga keluar waktunya.” (Al-Kabair – Imam Az-Zahabi)

Imam Said Ibn Musayyib pula telah berkata: “Mereka tidak bersembahyang Zohor sehingga datang waktu Asar, tidak bersembahyang Asar sehingga Maghrib dan begitulah seterusnya. Mereka yang berterusan seperti ini tanpa bertaubat, lembah khas di Neraka.”

Meninggalkan sembahyang akan membawa kepada kekufuran. “Batas di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan sembahyang.” (Hadis Muslim).

Dan juga “Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, telah kafir ia.” (Hadis Ahmad)

Meninggalkan sembahyang kerana malas, akan menyebabkan kekufuran, tetapi tidak sampai terkeluar daripada Islam. Sebaliknya, meninggalkan sembahyang kerana engkar atau mempersendakan perintah Allah, akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama (murtad). Itulah pendapat jumhur (majoriti) ulama. (Fiqhul Awlawiyat – Dr. Yusuf Qardawi)

No comments:

Post a Comment