Wednesday, November 3, 2010

SIFAT RASULULLAH S.A.W YANG PERLU DIHAYATI

1. Sifat Benar – Rasulullah S.A.W sentiasa bersifat benar dalam semua keadaan. Baginda tidak pernah berdusta dalam percakapan dan tidak pula menyeleweng dalam tingkah laku. Masyarakat akan tetap mempercayai golongan yang bersifat benar. Mudah berurusan antara satu sama lain dan akan mewujudkan suasana aman dan tenteram.

2. Sifat Amanah - Rasulullah S.A.W bersifat amanah sejak kecil lagi sehingga baginda diberikan gelaran al-Amin. Diberikan kepercayaan membawa dagangan Siti Khadijah seterusnya Allah melantik baginda menjadi seorang Rasul akhir zaman.

3. Sifat Adil - Rasulullah S.A.W bersifat adil dan tidak memihak kepada sesiapa dalam membuat hukuman walaupun terhadap keluarga sendiri. Ini telah ditegaskan dengan sabdaNya yang bermaksud “Demi Allah seandainya anakku Fatimah mencuri nescaya aku potong tangannya”.

4. Sifat Yakin - Rasulullah S.A.W mempunyai keyakinan diri yang kental dan penuh ketabahan yang telah menyebabkan agama Islam tersebar hingga ke hari ini walaupun banyak halangan yang dilalui namun semuanya dapat diatasi dengan berkat keyakinannya.

5. Sifat Rajin dan Tekun - Rasulullah S.A.W sentiasa berusaha dengan rajin dan tekun. Bermula dari sejak kecil lagi dengan bekerja sebagai penggembala kambing, ketika remaja berniaga dan akhirnya baginda berdakwah menyeru manusia mengabdi diri kepada Allah S.W.T dan memperbaiki kepincangan masyarakat sehingga berjaya melahirkan satu masyarakat yang ideal dan menjadi contoh masyarakat dunia seluruhnya.

6. Sifat Cekal dan Cekap - Rasulullah S.A.W adalah seorang yang cekal dan cekap menjalankan tugasnya dalam semua bidang seperti pengurusan rumahtangga, pentadbiran negara dan di medan peperangan.

7. Sifat Kesungguhan - Rasulullah S.A.W mempunyai sifat kesungguhan yang tinggi dalam usahanya menyebarkan agama Islam. Menyatu-padukan umat dan melakukan ibadah kepada Allah. Baginda tidak mudah putus asa terutama dalam usaha menegakkan agama Allah walaupun menghadapi tekanan paling hebat dari puak Quraisy dan penyokongnya.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh teladan yang baik iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat dan keredhaan di hari Kiamat dan sebutlah nama Allah banyak-banyak”
Surah Al-Ahzab ayat 21

No comments:

Post a Comment