Wednesday, November 10, 2010

TAZKIRAH AN NUR 6

Soalan Nabi (7):

"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"


Jawab Iblis:

"Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."

Soalan Nabi (8):

"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"


Jawab Iblis:

"Ya, Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian malaikat menyambutnya dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.

Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang dan malam mendoakan keampunan bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi kemuliaan orang yang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama angin Syirah yang amat lembut ke dalam Syurga.

Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan Ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas, dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.

Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami." "Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

No comments:

Post a Comment